Matlamat Perisian perosak

Kebanyakan perisian jangkitan awal, terutamanya cecacing komputer pertama dan beberapa virus MS-DOS, ditulis sebagai ujian atau nakal bertujuan sebagai tidak merbahaya atau hanya mengacau dan bukannya menyebabkan kerosakan serious. Pengaturcara muda belajar mengenai virus dan teknik yang digunakan bagi menulisnya semata-mata untuk membuktikan mereka mampu atau melihat sejauh mana ia mampu merebak. Sehingga akhir 1999, virus yang tersebar luas seperti virus Melissa kelihatannya ditulis sebagai berseronok (prank).

Tujuan yang lebih ganas boleh dijumpai dalam perisian yang direka untuk mengubah (vandal) atau mengakibatkan kerosakan data. Kebanyakan virus DoS, dan cecacing Windows ExploreZip, direka untuk memusnahkan fail pada cakera keras, atau untuk merosakkan sistem fail dengan menulis data sampah. Cecacing bawaan jejaring seperti cecacing Code Red 2001 atau cecacing Ramen termasuk dalam kategori yang sama. Direka bagi menconteng laman web, cecacing ini mungkin kelihatan sama seperti tag grafit (graffiti tagging), dengan alias pengarang atau kumpulan berkait muncul dimana jua cecacing itu pergi.

Bagaimanapun, dengan peningkatan capaian Internet jalur lebar, perisian lebih berniat jahat telah direka bagi tujuan keuntungan. Sebagai contoh, sejak 2003, kebanyakan virus dan cecacing yang tersebar luas direka bagi mengambil alih komputer pengguna bagi penggunaan pasaran gelap. [perlu rujukan] Komputer zombi yang dijangkiti digunakan bagi menghantar spam mel elektronik, untuk menghos data seludup seperti pornografi kanak-kanak,[2] atau untuk terbabit dengan serangan tersebar perkhidmatan dinafikan (distributed denial-of-service) sebagai bentuk peras-ugut.

Satu lagi kategori perisian perosak malware khusus bagi keuntungan telah muncul dalam bentuk perisian intip (spyware) -- perisian yang direka bagi memantau web pelayar pengguna, memaparkan pengiklanan yang tidak diminta, atau melencong pendapatan pemasaran berkait (affiliate marketing) kepada pencipta perisian intip. Perisian intip tidak merebak seperti virus; ia biasanya dipasang dengan mengunakan lubang keselamatan atau dipakej dengan perisian yang dipasang sendiri oleh pengguna seperti Kazaa.